15 Januari 2024, 16:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Tan Sri A Samad Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad merupakan antara figura yang terkenal dalam bidang kewartawanan, sastera dan politik tanah air yang sentiasa berani dalam menyampaikan pemikiran dan pandangan beliau.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Tun Musa Hitam ketika merasmikan “Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam dan Negarawan,”

Menurut mantan Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Tun Musa Hitam, Pak Samad merupakan wartawan tulen yang turut mempunyai ketekunan dan iltizam dalam setiap dalam apa-apa jua pertubuhan yang beliau terlibat.

“Pak Samad cukup terkenal sebagai personaliti antarabangsa seperti di Indonesia dan Singapura sehingga menobatkan beliau sebagai Tokoh Wartawan Negara pada tahun 1988,” ujar beliau ketika merasmikan “Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam dan Negarawan,” pada pagi tadi.

Dekan FKPM UiTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Abd Rasid Abd Rahman.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Abd Rasid Abd Rahman pula berkata, “Penganjuran wacana ilmu seperti simposium ini adalah sebahagian daripada fungsi fakulti dalam konteks memaklumkan khalayak dan memberikan saranan ilmu kepada massa secara berterusan.”

“Dalam menyorot latar kewartawanan tempatan, nama seperti Abdul Rahim Kajai, Ahmad Boestamam dan A Samad Ismail perlu diberikan penghargaan negara atas segala jasa bakti mereka,” ulas beliau ketika menyampaikan ucapan dalam “Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam dan Negarawan”.

Tambah beliau,

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan aspirasi bagi menjayakan penghormatan terhadap figura kewartawanan negara ini dengan mengusulkan penubuhan Kursi A Samad Ismail. Kami percaya ini adalah masa yang paling sesuai untuk pihak fakulti memuktamadkan cita-cita besar ini.

Simposium yang dianjurkan dengan kerjasama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC – IIUM) diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam yang bertujuan membincangkan pemikiran dan sumbangan tokoh kewartawanan negara dalam konteks sosiopolitik Malaysia.

Antara barisan tokoh yag menyampaikan ucaptama dalam “Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam, dan Negarawan”.

Simposium tersebut turut menampilkan tokoh yang terkenal seperti Tokoh Wartawan Negara, YBhg. Tan Sri Johan Jaaffar; kartunis tersohor negara, YBhg. Dato’ Mohammad Nor Khalid (Lat) dan Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual ISTAC-IIUM, YBrs. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican. 

Menurut YBhg. Tan Sri Johan Jaaffar, Tan Sri A Samad Ismail merupakan tokoh kompleks seperti yang dikongsikan oleh Tun Musa Hitam, iaitu dengan sebahagian sejarah hidup beliau yang masih penuh dengan tanda tanya.

Dari kiri: Datuk Yong Soo Heong (Institut Akhbar Malaysia); Ku Seman Ku Hussein (Kolumnis); Abdul Rashid Yusof (Apakhabartv) sebagai pembentang dan Dr. G. Manimaran selaku moderator dalam pembentangan semasa “Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam, dan Negarawan”.

Pada masa yang sama, simposium tersebut turut mengadakan sesi pembentangan dengan melibatkan sembilan orang pembentang yang terdiri daripada para ilmuwan, pengamal media, penulis dan mantan pelajar dalam berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang bekerjasama dan mengenali Pak Samad. 

Penganjuran “Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam dan Negarawan” turut mendapat sokongan rakan strategik, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Press Forum of Asia (PFA) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.

                                                Jurufoto: Hanafi Mohd Yusof

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.