9 Februari 2024, 20:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan kunjungan hormat ke Encorp Berhad bagi meluaskan rangkaian kerjasama antara DBP dengan pihak luar, khususnya sektor swasta.

Delegasi DBP yang diketuai oleh Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari disambut mesra oleh Pengerusi Encorp Berhad, Encik Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Sesi perbincangan yang cukup positif telah berlangsung antara kedua-dua belah pihak yang komited merekayasakan bahasa dan sastera kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih santai dan merakyat secara bersemuka mahupun dalam talian.

Perancangan jangka pendek dan jangka panjang turut dirangka dalam usaha memperkasakan hubungan yang menyasarkan segenap lapisan masyarakat bermula kanak-kanak hinggalah dewasa agar dapat mendapatkan ilmu berkaitan dengan bahasa, sastera dan budaya khususnya ketika mengunjungi pusat beli-belah tersebut.

Turut hadir bersama-sama dalam delegasi DBP ini ialah Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Puan Roziah Md Yunus dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Sharrul Rizal Hashim.

Pada masa yang sama, daripada pihak Encorp Berhad turut dihadiri oleh Pengurus Bahagian Pemasaran, Jualan dan Pajakan, Encik Hairizal Hosman dan Pengurus Pajakan, Puan Intan Nur Idayu Ramdzan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.