26 Februari 2024, 21:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pendekatan manusiawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memastikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mendapat pendidikan berkualiti diterjemahkan melalui Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM).

KPM menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini berkata, PASM bertujuan bagi mengiktiraf kebolehan dan keupayaan MBPK menerusi penganugerahan Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

“MBPK yang berada di sekolah menengah yang tidak menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh menduduki PASM dan melepasi SASM,” ulas KPM.

Tambah KPM,

KPM sentiasa berusaha memperkasakan pendidikan MBPK menerusi pengiktirafan, motivasi dan keyakinan bahawa mereka mempunyai pontensi untuk cemerlang dalam sesuatu bidang.

Usaha murni pelaksanaan PASM membuktikan bahawa komitmen berterusan KPM untuk memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan untuk semua murid seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.