27 Februari 2024, 08:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pasukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) berjaya meraih lapan pingat emas dan enam pingat perak dalam pertandingan antarabangsa WA State Track & Field Championships 2024 di Perth, Australia.

Dalam kenyataan pada pagi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pasukan negara itu melibatkan sebanyak 12 orang atlet murid terbaik dari seluruh negara dan tiga orang pegawai pengiring.

KPM sentiasa komited dalam usaha membangunkan potensi dan bakat murid dalam sukan.

Ini dilaksanakan menerusi pertandingan di pelbagai peringkat serta program sukan berimpak tinggi di lima buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM), 15 buah Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan 612 buah Pusat Latihan Daerah (PLD) di seluruh negara.

Menurut KPM, pertandingan itu telah berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 22 hingga 25 Februari 2024.

Mengulas lanjut, antara atlet murid yang berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan tersebut, termasuklah Muhammad Faheem Haziq Mohd Hasrul (Acara 3,000 meter Jalan Kaki – Lelaki Bawah 15 Tahun); Muhamad Thaqif Ukasyah Mohd Rady (Acara Lompat Tinggi – Lelaki Bawah 14 Tahun); Randy Ryann Samson (Acara Lompat Kijang – Lelaki Bawah 16 Tahun); Amirul Syakir Mohd Hanafi (Acara 100 meter – Lelaki Bawah 15 Tahun); Wan Muhammad Hariz Wan Mohd Hafiz (Acara 100 meter – Lelaki Bawah 16 Tahun); Mohammad Syahzwan Willian (Acara Lontar Peluru – Lelaki Bawah 15 Tahun); Nurelfira Umaira Mohd Yusuf (Acara 80 meter Lari Berpagar Perempuan Bawah 14 Tahun); dan Amirul Syakir Mohd Hanafi (Acara 200 meter – Lelaki Bawah 15 Tahun).

Manakala, atlet murid yang mendapat pingat perak pula ialah Nurelfira Umaira Mohd Yusuf (Acara 200 meter Perempuan Berpagar – Perempuan Bawah 14 Tahun); Mohammad Syahzwan Willian (Acara Lempar Cakera – Lelaki Bawah 15 Tahun); Randy Ryann Samson (Acara Lompat Jauh – Lelaki Bawah 15 Tahun); dan Muhammad Syukri Nazim Mydin (Acara 800 meter – Lelaki Bawah 16 Tahun).

Sumber foto: KPM

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.