28 Februari 2024, 15:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan integriti komited memperkasakan usaha pembudayaan integriti dan antirasuah nasional dengan rakan sinerginya, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi program Certified Professional in Integrity Assurance and Management.

Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO) berkata,

Tarikh 28 Februari 2024 terpahat dalam sejarah sedekad penubuhan ACeIO apabila dua siri graduan perintis program itu diraikan dalam Majlis Graduasi.

Majlis graduasi ACeIO diadakan bagi meneruskan agenda pembudayaan integriti dan antirasuah nasional, hari ini.

Menurut ACeIO, program tersebut merupakan satu daripada platform yang signifikan untuk mengukuhkan kompetensi Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dan pengamal integriti.

Dalam Majlis Graduasi tersebut, Presiden ACeIO, En. Ahmad Sabri Mohamed turut menyampaikan sumbangan Hadiah Buku daripada ACeIO kepada USM.

Sumbangan bernilai RM15,000 bakal diterima oleh Graduan Cemerlang Program Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen USM.

“Semoga kolaborasi ACeIO-USM ini menjadi pemangkin yang menyumbang kepada agenda pembudayaan integriti dan antirasuah nasional,” ujar En. Ahmad Sabri Mohamed.

Tambah ACeIO dalam kenyataan pada petang ini,

Program ini juga turut dibuka kepada semua yang berminat untuk bersama-sama menjayakan agenda murni ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.