29 Februari 2024, 12:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa proaktif martabatkan bahasa kebangsaan menerusi aktiviti di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.”

Demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM pada hari ini, selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena dengan pembukaan penggal ketiga Parlimen Kelima Belas, pada 26 Februari 2024.

Menurut KPM, penggunaan teknologi digital akan dimanfaatkan secara berterusan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“Dasar Pendidikan Digital (DPD) dirangka bertujuan untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing dan berupaya mengguna pakai teknologi untuk pembelajaran,” ulas KPM.

Dalam kenyataan media yang sama, KPM turut komited dalam meneruskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam memastikan pendidikan di negeri tersebut dapat terus ditingkatkan.

Tambah KPM,

Bidang STEM dan TVET akan terus diperkasakan, selain turut menyediakan Kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 yang selari dengan hasrat tersebut.

Bagi mengurangkan bebanan ibu bapa, KPM turut memberikan pelbagai bantuan seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

KPM dalam kenyataan media tersebut turut menyatakan bahawa akan memastikan saranan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan demi penambahbaikan pendidikan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.