Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKangar – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyempurnakan perasmian Majlis Penutup Sambutan Hari Peringatan Sedunia (WTD) 2024 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Dewan 2020, Kangar, Perlis pada hari ini.
WTD disambut oleh Persatuan Pandu Puteri di seluruh dunia termasuklah Malaysia dan pada tahun ini, tema yang dipilih ialah “Our World, Our Thriving Future” yang menekankan kesedaran tentang isu global yang kritikal seperti isu kelestarian alam.
Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Sebagai catatan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan sebuah organisasi yang telah berusia 108 tahun dan memberikan tumpuan kepada agenda pemerkasaan wanita sejak dahulu.