1 Mac 2024, 15:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Setiausaha KLN, YBhg. Dato’ Sri Amran Mohd Zin bagi menyampaikan cek sumbangan dana kemanusian berjumlah RM11.5 juta di Wisma Putra, hari ini.

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan cek sumbangan kutipan Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM11.5 juta kepada Kementerian Luar Negeri (KLN), hari ini.

KPM dalam kenyataan berkata,

Dana ini telah berjaya dikumpul menerusi penganjuran acara Minggu Solidariti Palestin yang telah dilaksanakan di semua institusi pendidikan KPM dan menerusi sumbangan daripada pelbagai pihak.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi kepada Ketua Setiausaha KLN, YBhg. Dato’ Sri Amran Mohd Zin ketika kunjungan hormat di Wisma Putra.

Pada masa yang sama, kedua-dua pihak turut berkesempatan bertukar pandangan berhubung dengan situasi terkini dan usaha yang dilaksanakan untuk membantu menangani krisis kemanusiaan di Palestin.

Jelasnya lagi,

KPM sentiasa bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

KPM juga komited untuk mendidik murid dan seluruh warganya tentang nilai manusiawi yang merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.

KPM memaklumkan bahawa sumbangan itu diserahkan kepada KLN selaku kementerian yang bertanggungjawab menyelaras bantuan Kerajaan Malaysia kepada Palestin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.