1 Mac 2024, 18:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sistem pertahanan negara mesti sentiasa berada pada tahap yang maksimum dan digeruni oleh musuh.

Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah Raja Muda Perlis,

Usaha ini penting kerana keberadaan dan kekuatan angkatan bergantung kuat kepada faktor pelunasan aset yang tidak ketara (intangible assets) seperti ini.

Adalah diseru supaya kepimpinan di segenap peringkat menjadikan gagasan dan kerjasama sedemikian sebagai landasan menuju kecemerlangan dan kegemilangan.

Demikianlah titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia Ke-91 yang diadakan di Dewan BAKAT Kem Bukit Keteri.

Dalam Sesi Taklimat Eks PERBAH 2024 pada hari ini, baginda yang juga merangkap komander rejimen turut bertitah,

Kerjasama antara agensi negeri Perlis dan Tentera Darat Malaysia menerusi pelbagai inisiatif memberikan manfaat dalam jaringan strategik organisasi, dan mobilisasi rakyat menerusi Askar Wataniah khususnya dengan khidmat sokongan operasi dan pengurusan bencana.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.