Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai Lawatan Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (Eks PerBah) pada petang semalam.
Dalam kenyataan Pejabat Istana Perlis berkata,
Program lawatan tahunan ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada institusi raja dan negeri Perlis dalam menyampaikan sumbangan bersempena dengan bulan Ramadan.
Program ini dapat meningkatkan moral dan semangat pasukan keselamatan yang melaksanakan tugas masing-masing di perbatasan.
Tambahnya lagi,
Hubungan Kerajaan Negeri Perlis dengan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa dapat dieratkan dalam menyokong usaha jiwa murni dan titian kasih, khususnya terhadap penduduk Negeri Sabah yang berada di kawasan gerakan pasukan keselamatan.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Mohd Shoffian Mohd Said dan mantan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Tan Sri Datuk Liew Yun Fah.
Baginda diiringi sama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Pegawai Kewangan Negeri Haji Zepri Saad, serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Turut hadir dalam program lawatan tersebut ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Yang Arif Dr. Arik Sanusi Yeop Johari, Mufti Perlis, Sahibus Samahah Datuk Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari.
Mengulas lanjut, pelaksanaan program ini saban tahun juga secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan pelaksanaan dan cabaran tugas gerakan pasukan keselamatan di sempadan perairan negara kepada Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, serta pihak swasta yang menyertai lawatan ini.
Selain itu, turut dimaklumkan bahawa delegasi dari Perlis sentiasa berusaha mengadakan tugas amal dengan rakyat Negeri Sabah melalui beberapa program, seperti Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) di beberapa lokasi terpilih.