14 Mei 2024, 09:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis mengadakan Program HEPpiness Fiesta 2024 bagi meningkatkan serta membentuk kemenjadian mahasiswa dalam pembangunan dan kepimpinan mahasiswa.

Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama unit Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mei 2024 di Anjung Siswa, UiTM Cawangan Perlis.

Mahasiswa UiTM Cawangan Perlis menunjukkan bakat memainkan alat muzik gamelan di Program HEPpiness Fiesta 2024.

Lebih daripada 5000 orang pengunjung hadir ke program itu yang terdiri daripada mahasiswa, alumni, pengamal industri, rakan strategik, warga UiTM dan orang ramai.

Majlis Perasmian Penutupan Program HEPpiness Fiesta 2024 disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd. Fauzi.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang terlibat atas usaha merealisasikan Program HEPpiness Fiesta 2024 bagi membentuk kemenjadian mahasiswa menerusi enam teras pembangunan dan kepimpinan mahasiswa iaitu kepimpinan, sukan kebudayaan, keusahawanan, mobiliti dan jaringan global, dan kesukarelawan dan kemanusiaan.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama MASMED dalam penganjuran HEPpiness Fiesta 2024 selama 3 hari ini.

“Program ini juga berjaya mendapat penyertaan daripada 20 agensi kompetensi di sekitar negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Putrajaya, di samping kehadiran 15 majikan yang dikelolakan oleh pihak PERKESO Negeri Perlis dalam program temu duga kerjaya,” kata beliau.

Street Soccer antara program menarik yang mendapat penyertaan warga UiTM dan para pengunjung.
Sebahagian reruai mempamerkan mahasiswa UiTM Cawangan Perlis menunjukkan bakat seni jahitan kebaya.

Menurut Rektor UiTM Cawangan Perlis, terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung, antaranya termasuklah pertunjukan dan pameran daripada pelbagai agensi jemputan, temu duga kerjaya, pemeriksaan kesihatan, Petting Zoo, Arau Got Talent, program derma darah, Ujian Segak, Varsity Voice, aktiviti sukan, program kerohanian dan sebagainya.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor; YBrs. Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA), Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Mohd Kassim dan YBrs. Penolong Pendaftar Merangkap Pengarah Program, Encik Ahmad Muaz Mahzair

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.