Oleh Ana Mohd Bess
10 Ogos 2024, 20:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua (YDP) Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diadakan pada petang semalam di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat tersebut yang diketuai oleh Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari bagi mendapatkan pandangan dan nasihat TYT YDP Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan pelaksanaan program Syarahan Negarawan dan Bicara Karya Buku TYT YDP Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 20 Ogos 2024 (Selasa) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur.

TYT YDP Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam kunjungan hormat tersebut juga, TYT YDP Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar banyak berkongsikan pengalaman dalam pencapaian kerjayanya.

TYT YDP Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar merupakan tokoh negarawan yang disegani atas ketinggian ilmunya dan berpengalaman luas dalam bidang perundangan, sejarah serta perkembangan politik tanah air.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah YBrs. Prof. Madya Awang Azman Awang Pawi; YBrs. Abang Patdeli Abang Muhi; Pengarah Jabatan Penerbitan, Encik M Azahari Edin; Ketua Bahagian Perkamusan, Encik Abdul Ghani Abu; Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Puan Roziah Md Yunus; dan Editor Kanan Bahagian Buku Umum, Puan Marsilawati Mohamad Rani.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.