9 Oktober 2024, 15:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Sebanyak 2070 orang mahasiswa baharu telah melaporkan diri di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi pengambilan awal Sidang Akademik 2024-2025 yang menyaksikan bilangan pelajar lelaki adalah sebanyak 1101 orang, manakala pelajar perempuan pula berjumlah 969 orang.

Majlis Apresiasi dan Kebudayaan ini dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Dalam majlis perasmian tersebut, DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,

Mahasiswa perlu memantapkan persiapan mental dalam mengharungi suasana baharu di universiti apabila mereka perlu berdikari kerana berjauhan dengan keluarga, selain pembahagian masa belajar amat penting dan segala tugasan perlu disempurnakan pada masa yang ditetapkan.

Baginda turut menegaskan bahawa kesemua institusi pengajian tinggi termasuklah UniMAP merupakan tempat yang menjadikan golongan mahasiswa dapat bersaing dengan sihat, tidak kira dari segi akademik mahupun pelibatan mereka dalam bidang kokurikulum.

Majlis Apresiasi dan Kebudayaan turut diserikan oleh persembahan mahasiswa dan mahasiswi baharu seperti kompang dan jidor, tarian Kabbadi, pertunjukan fesyen, tarian Ayam Didik, wushu dan tarian Mai Pakat Mai.

Turut diadakan termasuklah persembahan pantomin oleh para pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UniMAP yang menterjemahkan tentang tanggungjawab dan peranan yang digalas oleh mereka.

Turut hadir dalam majlis ini ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor dan Naib Canselor, YBrs. Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.