Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPerlis – “Persatuan Woodball Negeri Perlis menyambut dengan penuh gembira berita tentang keputusan tuan rumah Sukan SEA 2025, Thailand akan mempertandingkan sukan woodball sebagai satu daripada acara 44 sukan yang bakal dipertandingkan oleh temasya sukan terbesar Asia Tenggara yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 20 Disember 2025.”
Titah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah di Dewan Sri Kayangan, Kolej Matrikulasi Perlis, hari ini.
Menurut Persatuan Woodball Malaysia (MWA) dalam laman media sosialnya, antara kategori yang akan dipertandingkan, termasuklah Stroke Competition Men Team, Stroke Competition Women Team, Stroke Competition Men Single, Stroke Competition Women Single, Fairway Competition Men Team dan Fairway Competition Women Team.
Sementara itu, dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah, baginda bertitah bahawa Perlis perlu terus bekerja keras dalam mencungkil dan melahirkan bakat baharu dalam sukan woodball yang akan menjadi pelapis atau pemain muda berprestasi tinggi kepada pemain sedia ada yang merupakan pemain utama dan tulang belakang sukan woodball negara pada masa ini.
Titah Tuanku Raja Muda,
Kejayaan dan kualiti permainan pemain woodball negeri ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menanda bahawa persatuan negeri kini berada pada landasan yang tepat dan perancangan sedia ada perlu diteruskan dan ditambah baik bagi memastikan Perlis terus mempelopori sukan woodball pada semua peringkat
Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Woodball Negeri Perlis dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia, Kolej Matrikulasi Perlis dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis serta melibatkan sebanyak 250 orang pemain terdiri daripada 64 pasukan yang datang dari seluruh Malaysia termasuklah Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Keberangkatan tiba baginda diiringi oleh DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Presiden Persatuan Woodball Malaysia (MWA), Elaine Tan; Timbalan Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis, Mohd. Nizar Mohd, Shahab; serta ahli jawatankuasa PWNPs.