1 Disember 2024, 18:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya –  Tiga pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terpaksa ditutup sementara mulai 1 Disember 2024 berikutan banjir yang semakin teruk yang melanda negara khususnya di negeri Kedah.

Menurut kenyataan rasmi LHDN, pejabat LHDN di Kedah yang ditutup ialah pejabat LHDN di Alor Setar dan di UTC Alor Setar serta pejabat satelit di Kubang Pasu.

Tindakan itu dibuat demi menjaga keselamatan  semua  pihak agar tiada  sebarang musibah berlaku.

Pejabat LHDN tersebut hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih serta selamat dan mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.

Sementara itu, beberapa pejabat LHDN di negeri Kelantan yang ditutup sebelum ini akan beroperasi semula bermula pada hari ini iaitu, pejabat LHDN di Kota Bharu dan pejabat satelit di Pasir Puteh serta Kuala Krai.

Dalam kenyataan yang sama, LHDN menyarankan agar orang ramai melakukan  urusan LHDN secara dalam talian menerusi laman sesawang www.hasil.gov.my berikutan cuaca tidak menentu dan situasi buruk banjir.

LHDN menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir agar membuat persediaan awal, sentiasa berhati-hati serta menjaga keselamatan dan mematuhi arahan pihak yang berwajib dari masa ke masa.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.