Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menyempurnakan acara pelepasan Skuad Ihsan MADANI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bantu operasi pembersihan kawasan yang terjejas akibat daripada banjir yang melanda negara.
Skuad Ihsan MADANI KPM yang terdiri daripada lebih 300 orang sukarelawan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Smart Support Team (SST-MoE), sukarelawan Guru Insani, sukarelawan MESCA KPM serta warga kementerian akan melaksanakan operasi bantuan di dua zon yang terjejas akibat banjir, iaitu di Zon Utara dan Zon Timur.
“Antara perkara yang diberi tumpuan ialah pelaksanaan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas akibat banjir bagi mengurangkan beban mangsa, serta membantu mereka yang sedang berada dalam fasa pemulihan untuk menjalani kehidupan pascabanjir,” ujar KPM menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Turut diadakan ialah penyerahan sumbangan Yayasan Guru Tun Hussein Onn berjumlah RM100,000 bagi menjayakan operasi bantuan dan penyerahan peralatan pembersihan pascabanjir.
Hadir sama dalam acara pelepasan tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh; Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi; dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Azman Adnan.