6 Januari 2025, 17:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gambang – Penganjuran program Kembali Membawa Bakti pada awal tahun ini yang menjadi pemangkin kepada kejayaan Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah memasuki siri yang ke-10 dengan penyertaan peserta yang terdiri daripada 471 orang pelajar jurusan perakaunan.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah KMPh, Tuan Haji Noorhisam Samsuddin di Dewan Dato’ Bahaman pada Sabtu lalu.

Selain itu, program tersebut juga melibatkan 53 orang wakil alumni KMPh dalam kalangan mahasiswa universiti dan pekerja profesional sebagai fasilitator yang membantu pelaksanaannya.

Para fasilitator yang terdiri daripada alumni KMPh.

Pensyarah Perakaunan, Puan Nurhanisah Abdullah yang juga selaku penyelaras program berkata, program Kembali Membawa Bakti yang dilaksanakan secara tahunan, pada kali ini merupakan penganjurannya kali ke-10 telah berusia sedekad dan mencapai matlamatnya.

Pada masa yang sama, Ketua Unit Perakaunan, Encik Abdul Aziz Paimin menegaskan bahawa tujuan program ini diadakan sebagai usaha memberikan motivasi dan suntikan semangat kepada para pelajar KMPh.

Wakil alumni KMPh, Encik Muhammad Izzat Amir Azmi turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua sukarelawan fasilitator terlibat yang terdiri daripada mantan pelajar KMPh sebelum ini kerana telah berjaya menguruskan dan memastikan kelancaran program pada kali ini.

Program ini diharapkan dapat mengeratkan ukhuwah alumni dengan pelajar KMPh untuk (bersama-sama) menggembleng tenaga memacu kejayaan serta menetapkan hala tuju dalam bidang pengajian dan pekerjaan (masing-masing), seterusnya menjadi insan yang mencapai nilai karamah insaniah.

Antara pengisian yang dijalankan sepanjang program tersebut termasuklah sesi perkongsian tentang pengalaman fasilitator alumni KMPh kepada para pelajar.

Fasilitator bersama-sama dengan para pelajar KMPh dalam aktiviti berkumpulan.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial KMPh, Puan Umi Khalsum Ab Aziz.

Kredit Foto: Nasrul Isyam
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.