9 Januari 2025, 18:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis- Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis (UiTM Cawangan Perlis) menerusi Program Marin Teknologi Lastari, Fakulti Sains GunaaN telah mengadakan lawatan ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis pada 7 Januari 2025.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memahami fungsi, peranan, aset, akta dan penguatkuasaan yang berkaitan dengan APMM.

 

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim YBrs. Mohd. Fazmin Shah Md Rafee Shah, APMM ketika menyampaikan taklimat mengenai keselamatan MARITIM kepada mahasiswa UiTM Perlis.

Menurut  Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim YBrs. Mohd Fazmin Shah Md Rafee Shah, APMM sentiasa bersiap siaga menguatkuasakan undang-undang serta menyelamatkan nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara di Zon Maritim Malaysia kekal selamat.

“Di sempadan utara, ancaman perairan negara melibatkan kemasukkan pati, penyeludupan dan pemerdagangan manusia, penyeludupan kontraban, penyeludupan barangan kawalan, pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA), dan aktivii Perikanan Tidak Sah (IUU Fishing) sering berlaku,” kata beliau.

Tambah beliau, Statistik orang yang disyaki (OYDS) dari tahun 2022  hingga tahun 2024 di Zon Maritim Kuala Perlis merekodkan jumlah penahanan sebanyak 118 orang merangkumi warga Malaysia, Thailand, Indonesia dan India. 

Pada masa yang sama, beberapa ahli rombongan telah dibawa ke beberapa lokasi lawatan antaranya Jeti Operasi APMM Zon Maritim Kuala Perlis bagi mendapatkan pendedahan yang berkaitan dengan aset-aset kapal dan ke Pejabat APMM Zon Maritim Kuala Perlis untuk mempelajari operasi tangkapan dan rampasan yang dilakukan oleh APMM.

 

Pegawai APMM memberikan taklimat hasil rampasan oleh APMM di Pejabat APMM Zon Maritim Kuala Perlis kepada mahasiswa UiTM Perlis.

Sementara itu mahasiswa UiTM Perlis, Muhammad Rusli Hakim Roslin berkata, sesi lawatan ini memberikan pendedahan mendalam tentang barangan rampasan APMM.

 Selain bubu naga, barangan rampasan lain seperti pukat rawa sarong, pukat pari, pukat tangsi dan sangkar tangguk siput turut dirampas kerana mempunyai kesan negatif kepada biodiversiti dan persekitaran ekologi marin negara, “kata beliau.

Nur Farah Adibah Mas Samsudin yang juga mahasiswa UiTM Perlis menyatakan bahawa lawatan ke APMM memberi banyak informasi tentang kes-kes tangkapan yang dilakukan oleh warga APMM.

Ujar beliau,

Tanpa APMM, lebih banyak pelanggaran akta seperti Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen, Akta Kawalan Bekalan, Akta Senjata Api, dan Akta Dadah berleluasa di perairan negara.

Lawatan yang disertai oleh sebanyak 35 orang telah diketuai oleh Pensyarah dari Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Encik Sharir Aizat Kamaruddin dan turut dibantu oleh penyelaras aktiviti lawatan, para pegawai APMM Zon Maritim Kuala Perlis termasuk Timbalan Pengarah Keselamatan, Leftenan (M) YBrs. Thiaga Rajan A/l Ramasami;  Pegawai Staff Operasi (PSO), Leftenan Madya (M) YBrs. Mohamad Imran Hamedin; YBrs Pegawai Penguatkuasaan dan Eksesais (PNE), Leftenan Madya (M) Umair Ismail serta para pegawai lain.

 

 

Kredit Foto: UiTM Cawangan Perlis
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.