Diterbitkan pada 2 Januari 2025, 14:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sentul – Sebanyak 20,676 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terdiri daripada 15,846 orang calon sekolah kerajaan, 238 orang calon sekolah agensi kerajaan, 2626 orang calon sekolah swasta dan 1966 orang calon persendirian telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 160 buah pusat peperiksaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Manakala sebanyak 110 orang calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) dalam pelbagai kategori juga mendaftar untuk menduduki SPM bagi tahun 2024.

YBrs. Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail bersama-sama dengan pengamal media ketika selesai melihat proses kemasukan calon SPM SMK Sentul Utama ke dewan peperiksaan.

Menurut Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, sebanyak sembilan orang calon SPM Tahun 2024 yang menduduki peperiksaan di lima buah hospital sekitar Kuala Lumpur.

Tambah beliau,

Sembilan orang calon tersebut mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai dan kita juga menerima berita duka apabila terdapat seorang calon SPM telah meninggal dunia pada semalam akibat masalah kesihatan yang dihidapinya.

Sebagai rekod, sebanyak 1758 orang petugas peperiksaan, termasuklah 175 orang Sukarelawan Pengawas Peperiksaan bukan dalam kalangan penjawat awam telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

Ketika mengadakan lawatan kerja ke SMK Sentul Utama bersempena dengan hari pertama ujian bertulis SPM 2024 bermula pada hari ini, YBrs. Tuan Megat Affandi menitipkan pesanan agar sentiasa tenang sepanjang menjawab soalan peperiksaan dan tidak membawa apa-apa barang terlarang sepanjang peperiksaan dilaksanakan.

SMK Sentul Utama mempunyai sebanyak 157 orang calon SPM berdaftar yang merangkumi sebanyak 68 calon lelaki dan 89 calon perempuan.

Sebagai rekod, SMK Sentul Utama telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi SPM Tahun 2023 apabila berjaya mencatatkan peratusan lulus sebanyak 95.68 peratus berbanding dengan 90.00 peratus pada tahun 2022.

Bagi SPM Tahun 2024, SMK Sentul Utama menyediakan tiga bilik peperiksaan dan satu bilik isolasi yang menempatkan sebanyak 157 orang calon SPM berdaftar.

YBrs. Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail (duduk tengah) bersama-sama dengan warga pendidik ketika selesai sidang media yang diadakan di SMK Sentul Utama.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi