Diterbitkan pada 27 Jun 2021, 16:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim, telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di Center of Malaysia Scholars, Kolej Perhubungan Antarabangsa, Universiti Huaqiao, Fujian, China. Pelantikan beliau sebagai Profesor Pelawat adalah untuk satu penggal, iaitu selama lima tahun ini disempurnakan pada 7 Jun 2021.

Irmohizam berkata, “saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Huaqiao atas pelantikan ini. Saya amat berbesar hati untuk melaksanakan mandat yang telah diberikan. Peluang ini sangat baik kerana saya lihat terdapat pelbagai peluang untuk berkolaborasi antara universiti tempatan di Malaysia dengan Universiti Huaqiao.”

Tambah Irmohizam yang juga merupakan Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik, Majlis Penasihat Anggota World Trade Centers Association (WTCA), “kolej berprestij ini sememangnya akan memanfaatkan perkongsian budaya dan kecemerlangan akademik untuk para pelajar. Saya berharap agar dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan dan menyumbang bakti di universiti berprestij ini.”

Kolej Perhubungan Antarabangsa, Universiti Huaqiao, ditubuhkan pada April 2015 bertujuan untuk mempromosikan pertukaran dan kerjasama akademik domestik dan antarabangsa antara negara-negara jiran. Selain itu, kolej ini ialah institusi penyelidikan akademik yang komprehensif yang memberikan pendedahan kepada para pelajarnya dalam pengajian diplomasi dan perhubungan antarabangsa.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan