16 Mac 2021, 13:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama-sama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan inisiatif My Digital dalam usaha memperkasakan pertumbuhan ekonomi digital bagi menyokong pertumbuhan ekonomi industri perbukuan, menerusi penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2021 secara dalam talian.

PBAKL 2021 yang merupakan pesta buku dalam talian terbesar di Malaysia akan diadakan pada 19 Mac hingga 4 April 2021 dan merupakan penganjuran edisi kedua yang diadakan di negara ini. Penganjuran pesta buku ini telah berjaya menarik lebih 135 penyertaan dalam kalangan penggiat industri buku – peningkatan sebanyak 279 peratus berbanding dengan penyertaan 48 buah syarikat dan penerbit buku pada tahun lalu.

Penganjuran PBAKL 2021 secara dalam talian ini merupakan inisiatif MBKM bagi membaik pulih ekonomi industri perbukuan negara yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19. Justeru, MBKM pada tahun ini menyasarkan sekurang-kurangnya sebanyak 100 ribu unit jualan buku dan berharap agar Pemerkasaan Ekonomi Digital ini dapat membantu hala tuju industri perbukuan ke arah mendepani cabaran agar lebih kekal kompetitif dengan kesedaran perubahan persekitaran, khususnya akibat penularan pandemik COVID-19.

Orang awam yang ingin menyertai pesta buku antarabangsa ini boleh membuat pembelian buku melalui pautan: www.shopee.com/klibf2021.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.