3 November 2022, 13:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi seorang murid dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. Kadar baharu ini berkuat kuasa mulai 6 November 2022. Pelaksanaan kadar baharu ini memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara.

Program RMT ini bertujuan memberikan makanan berkhasiat kepada murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah atau kurang berkemampuan di sekolah rendah KPM bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. KPM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pakar pemakanan di universiti tempatan bagi menjamin kualiti makanan yang disediakan pada tahap terbaik.

Bagi memastikan murid mendapat makanan berkhasiat, pihak KKM sebelum ini telah mengemukakan syor kepada kabinet supaya peruntukan KPM bagi RMT dapat ditingkatkan.

KPM komited dan sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan program ini dari semasa ke semasa. Pelaksanaan kadar baharu ini diharapkan dapat menggalakkan lagi gaya hidup sihat yang dapat membantu proses tumbesaran murid di peringkat umur awal persekolahan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.