17 Mei 2023, 15:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjung Malim – Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, YB Senator Datuk Seri Profesor Dr. Awang Sariyan dikurniai Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman dalam majlis Sambutan Hari Guru oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, hari ini yang disampaikan oleh Permaisuri Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Zara Salim, selaku Canselor UPSI.

Anugerah Tokoh Pendidikan Suluh Budiman dikurniakan kepada beliau sebagai tokoh pendidik yang berpengalaman mengajar di sekolah, selain di peringkat universiti sama ada di tanah air mahupun di luar negara.

YB Senator Datuk Seri Profesor Dr. Awang Sariyan pernah bertugas di Yayasan Anda Akademik sebagai guru Bahasa Melayu, selain di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Di UPSI, beliau pernah menjadi Profesor Madya di Fakulti Bahasa pada 24 tahun yang lalu dan kemudian menjadi Profesor Penyandang Kursi Za’ba (2019-2021). Manakala, di luar negara pula, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pensyarah Kanan Universiti  Brunei Darusssalam, Profesor Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan di Beijing dan Profesor Tamu di Universiti  Goethe, Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara, Indonesia.

YB Senator Datuk Seri Profesor Dr. Awang Sariyan merupakan penerima Anugerah Tokoh Pendidikan Suluh Budiman.

Sebagai penerima Anugerah Tokoh Pendidikan Suluh Budiman, YB Senator Datuk Seri Profesor Dr. Awang Sariyan turut berharap agar bidang pendidikan dapat dijadikan sebagai wadah pembina pemikir dan pendukung tamadun negara, selain sebagai asas kerjaya dan sumber rezeki.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.