Oleh Siti Hajar Zuber
13 Jun 2024, 23:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Hebat di Persada Pertiwi” merupakan slogan logo Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan bersempena dengan sambutan 25 tahun penubuhannya dalam majlis makan malam tahunan, Malam Gala Seribu Kenangan (MAGIK) 2024. Sesi pelancaran logo tersebut disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil pada 13 Jun 2024.

Slogan “Hebat di Persada Pertiwi” diterjemahkan sebagai seruan kepada warganya untuk bersama-sama bergerak dalam mencapai cita-cita menjadi pelajar yang unggul di persada dunia. Pengetua KTSN, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril berkata pelancaran logo ini merupakan tanda genap 25 tahun KTSN mencapai taraf sebagai sebuah Kolej Akademia terulung di UKM di samping 13 kolej akademia yang lain. Beliau menekankan bahawa:

Naratif Kolej Akademia merupakan agenda utama yang menjadi tulang belakang dalam memperkasa kemahiran pelajar agar lebih berdaya saing dan holistik seiring dengan lembayung TERAS UKM.

Pelajar tahun akhir Fakulti Pergigian, Farmasi dan Sains Kesihatan turut diraikan dalam Majlis Malam Gala Seribu Kenangan (MAGIK) 2024.

Dalam majlis yang sama, pelajar tahun akhir Fakulti Pergigian, Farmasi dan Sains Kesihatan turut diraikan. Selain itu, KTSN juga memberikan penghargaan kepada pelajar yang telah menyumbang dan mengharumkan nama kolej dalam pelbagai aspek melalui pengurniaan pelbagai anugerah dan insentif kecemerlangan kepada pelajar.

 YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil menyampaikan Anugerah Inspirasi Kesenian kepada saudara Ahmad Haiqal Izzad Abdullah.

Semoga penghargaan ini menjadi satu daripada perintis dan pembakar semangat kepada pelajar lain untuk terus mengejar kecemerlangan sepanjang pengajian mereka di UKM. Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil turut berkata:

 Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah kecemerlangan kolej pada malam ini, dan berharap agar kolej ini akan terus meningkatkan kecemerlangan mengikut acuan nilai UKM pada masa hadapan.

Turut hadir sama ialah, Felo Utama Pejabat Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, Pengarah Pusat Hal Ehwal
Pelajar, YBrs. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, YBrs. Encik Mohd Firdaus Yahaya dan barisan Pengetua Kolej Akademia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.