9 Jun 2024, 11:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Sebanyak 30 orang anak yatim dan asnaf daripada Rumah Kanak kanak Arau telah diraikan dalam program “UiTM Perlis@Komuniti: Rehlah Mahabbah bersama RKK Arau”.

Program santai ini dianjurkan oleh pelajar Fakulti Sains Gunaan dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Perlis dan Persatuan Perihatin Komuniti Negeri Perlis (CommUnicare) di sekitar kampus, semalam.

Encik Sharir Aizat Kamaruddin sebagai penasihat projek berkata, program amal tersebut bertujuan untuk menyantuni mereka yang memerlukan seperti asnaf dan anak yatim agar tidak terpinggir.

“UiTM Cawangan Perlis sememangnya sentiasa menyokong dan mengutamakan aktiviti serta usaha berkaitan sumbangan kepada masyarakat dalam kalangan warganya”

“Hal ini selari dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan graduan yang versatil, iaitu graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi dari segi sahsiahnya.”

YBrs Prof Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi dalam ucapan perasmian beliau sempena program “UiTM Perlis@Komuniti: Rehlah Mahabbah bersama RKK Arau”.

Menurut Pengarah Program, Saudara Muhammad Izzat Amir Rozali pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya aktiviti senaman ringan, aktiviti eksplorasi kesenian dan kebudayaan Malaysia, Jelajah Kampus dan sesi pengisian bersama-sama pelajar UiTM.

Dalam sesi pengisian bersama-sama pelajar UiTM, anak-anak yatim ini diberikan pendedahan dan merasai pengalaman berada di alam universiti, serta pelbagai lagi.

Selain itu, aktiviti seperti jualan di kampus,, tayangan amal pada waktu malam dan kutipan tabung di sekitar kampus turut diadakan.

Kesemuan dana yang diperoleh akan digunakan untuk membeli hadiah dan cenderahati berupa set kelengkapan alat tulis untuk diagihkan kepada anak-anak istimewa ini.

Turut hadir bagi memeriahkan, sekaligus merasmikan majlis ialah YBrs Prof. Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis.

Antara aktiviti yang telah diadakan bersama-sama anak-anak RKK Arau.

Beliau berharap melalui program khidmat masyarakat seperti ini, lebih ramai mahasiswa yang prihatin dan peka terhadap keperluan golongan yang memerlukan.

Ujar beliau; “Menerusi usaha dan inisiatif murni itu, mahasiswa dapat memberikan impak positif serta membawa perubahan lebih baik kepada komuniti setempat.”

Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam dari RKK ARAU, Puan Suriani Idris yang hadir mengiringi anak anak yatim berkata, beliau cukup berbesar hati dengan program tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalukan-alukan sebarang usaha bagi menambah ilmu serta memberi keceriaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

“Semoga lebih ramai golongan belia yang peka terhadap masyarakat seperti mahasiswa UiTM Cawangan Perlis”, ujarnya mengakhiri ucapan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.