1 Julai 2024, 20:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini menyahut saranan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan tempat kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tanpa mengira kaum.

KPM memaklumkan bahawa pihak mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi KPM atau program melalui UPUOnline oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA).

Tambah KPM,

Tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung pada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM, manakala KPT akan memberikan fokus terhadap kemasukan program asasi dan diploma di universiti awam.

“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan pelajar cemerlang SPM yang terdiri dalam kalangan keluarga B40 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian, tanpa menjejaskan sistem kuota bumiputera sedia ada yang diperuntukkan bagi Program Matrikulasi KPM,” ulas KPM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.