Diterbitkan pada 26 Mei 2025, 14:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menteri Pendidikan Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek bersama-sama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPM), Yang Berbahagia (YBhg.) Dato’ Haji Azman Adnan berkunjung ke reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Dewan Tun Hussein Onn (DTHO) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada hari ini bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

YB Fadhlina Sidek bersama-sama delegasi meluangkan masa selama 30 minit di reruai DBP dan beliau melawat hampir kesemua buku yang dipamerkan.

Beliau sempat membelek buku-buku di rak yang disediakan yang mempamerkan lebih 2800 buku daripada pelbagai judul.

Kehadiran YB Fadhlina Sidek disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Sasterawan Negara (SN) YBhg. Dato’ Dr. Anwar Rithwan dan Senator YB Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan yang baru tiba untuk sesi Pelancaran Buku Ilmiah Bidang Bahasa Melayu.

Senator YB Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan sedang berbual mesra dengan YB Fadhlina Sidek.

Antara tarikan di reruai DBP termasuklah pelbagai koleksi buku meliputi lebih 100,000 naskhah termasuklah kamus, buku tatabahasa, buku pendidikan, novel remaja, karya sastera dan buku bidang profesional seperti undang-undang, teknologi maklumat dan ekonomi.

DTHO memuatkan 50 petak yang berkonsepkan ruang terbuka dan santai, sekali gus memudahkan pengunjung untuk membaca dan membeli buku.

Kredit Foto: Farid Janudin
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi