Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan bahawa sebanyak 4,758 murid yang tercicir daripada sistem pendidikan berjaya ditangani menerusi pelaksanaan Sistem Pengesanan Murid KPM (SiPKPM) bagi meneruskan pembelajaran sehingga tamat Tingkatan 5 di negara ini.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Wong Kah Woh, tindakan proaktif dengan pelaksanaan SiPKM adalah untuk mengenal pasti murid yang tercicir dan tidak dapat melengkapkan sistem pendidikan di sekolah.
Dalam sidang Parlimen tersebut, YB Roslan Hashim mempersoalkan mengenai tahap keberkesanan SiPKPM dalam mengesan pergerakan kanak-kanak warganegara secara komprehensif, termasuk murid cicir dan kanak-kanak yang tidak mendapat akses pendidikan.
Jelas YB Wong kah Woh,
“Sistem Pengesanan Murid KPM (SiPKPM) dibangunkan bertujuan mengesan pergerakan kanak kanak dan warganegara secara komprehensif bagi murid berada di sekolah KPM”
Mengikut statistik terkini, sebanyak 4758 murid yang tercicir telah berjaya kembali ke sekolah dalam tempoh 10 Februari hingga 30 Julai 2025 berbanding dengan 2,708 murid yang kembali ke sekolah pada tahun 2024.
“Ini membuktikan pendekatan pemantauan berasaskan data dan pemantauan berterusan mampu meningkatkan kadar kemasukan semula murid ke sekolah dalam sistem pendidikan kita”
“Malah, sistem SiPKPM ini juga telah diintegrasikan menerusi pengaplikasian AI (kecerdasan buatan), yang dapat meramal laluan pembelajaran dan kerjaya murid-murid yang tercicir dari sekolah sekali gus bantu kita mengekalkan murid tercicir agar meneruskan persekolahan sehingga ke Tingkatan 5.”
Mengulas lanjut, YB Wong Kah Woh yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping menambah bahawa sistem SiPKPM meliputi semua data murid dari umur prasekolah, Tahun 1 hingga Tingkatan 5 termasuk Murid di Universiti Swasta dan Institut Pendidikan Tinggi Agama.
“Sistem terbabit membantu KPM menganalisis murid yang tercicir dan memuat turun data lebih tepat dan lokasi agar intervensi dapat dilaksanakan untuk mengembalikan murid yang tercicir,” jelas beliau lagi.