Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kerajaan komited dalam memastikan institusi kehakiman negara kekal bebas, berwibawa dan berintegriti sebagai benteng utama kedaulatan undang-undang.
Bagi merealisasikan usaha tersebut, kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) kini melaksanakan kajian perbandingan berasaskan bukti terhadap model pelantikan kehakiman di beberapa negara seperti United Kingdom, Singapura, Australia dan India.
Bagi merealisasikan usaha tersebut, kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) kini melaksanakan kajian perbandingan berasaskan bukti terhadap model pelantikan kehakiman di beberapa negara seperti United Kingdom, Singapura, Australia dan India.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, kajian itu dilakukan secara inklusif melalui sesi libat urus bersama Badan Kehakiman, Majlis Peguam Malaysia, ahli-ahli Parlimen daripada Blok Kerajaan dan Pembangkang, institusi pengajian tinggi, pakar Perlembagaan Persekutuan, organisasi masyarakat sivil serta menerusi penglibatan pandangan awam.
YB Dato’ Seri Azalina menjawab perkara itu melalui kenyataan bertulis bagi pertanyaan lisan yang disiarkan di portal rasmi Parlimen, hari ini.
Demikian jawapan yang diberikan oleh YB Dato’ Seri Azalina kepada ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Tuan Hassan Abdul Karim yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mereformasikan institusi kehakiman dalam soal perlantikan Ketua Hakim dan hakim-hakim kanan supaya tidak berulang isu kekecohan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara yang berlaku pada bulan Julai 2025 yang lalu.
Mengulas lanjut, beliau menambah bahawa pendekatan itu bertujuan memastikan proses pelantikan dilaksanakan dengan lebih telus, bebas dan selaras dengan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan sentiasa menghormati pemisahan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dengan badan kehakiman.
“Kerajaan akan terus komited dalam memastikan bahawa pelantikan beberapa jawatan penting negara termasuklah jawatan hakim mahkamah atasan dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada,” tegasnya lagi.