Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuching – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memandang serius dakwaan kes salah laku seksual melibatkan seorang guru di negeri Sarawak sebagaimana yang tular di media sosial.
Menurut kenyaataan media oleh JPN Sarawak, kes ini sedang berada dalam siasatan pihak polis. JPN Sarawak memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jemaah Nazir turut menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara berkaitan kes ini.
Guru yang terlibat dalam dakwaan tersebut telah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga keseluruhan proses siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa selesai sepenuhnya.
JPN Sarawak menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku seksual. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah perlu dikenakan tindakan tegas.