Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSeremban – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menzahirkan rasa dukacita atas kematian seorang murid di sekolah pada hari ini, dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid berkenaan.
Mengulas mengenai insiden tersebut, JPNS memaklumkan bahawa kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak polis.
“JPNS dan semua pihak berkaitan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan. JPNS juga telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara berkaitan,” jelasnya.
Keutamaan JPNS pada ketika ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik kepada keluarga serta sokongan psikososial kepada seluruh warga sekolah yang terkesan.
JPNS memohon agar semua pihak memberikan ruang dan menghormati sensitiviti keluarga mangsa yang sedang berhadapan keadaan sukar pada ketika ini.