Diterbitkan pada 10 Februari 2022, 18:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah merujuk pengumuman oleh YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Februari 2022 lalu berkaitan dengan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis yang berkuat kuasa mulai 11 Februari 2022.

Sehubungan dengan itu, KPM memaklumkan bahawa mulai esok, pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan bawah KPM adalah tidak diwajibkan.

Pemeriksaan suhu badan adalah tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022.

Namun begitu, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis di institusi pendidikan bawah KPM.

Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa atau penjaga dimohon untuk memastikan anak-anak atau anak di bawah jagaan mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang gejala sebelum hadir ke sekolah.

Murid yang mempunyai gejala atau ahli keluarga mereka yang disahkan positif COVID-19 serta tinggal serumah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang menunjukkan simptom atau tanda-tanda tertentu diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya.

KPM juga menyarankan ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi