Oleh Syaza Wardina
5 Julai 2021, 16:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama lima hari, bermula pada 26 hingga 29 Julai 2021 bagi Dewan Rakyat. Sementara itu, Dewan Negara akan bermesyuarat selama tiga hari, iaitu pada 3 hingga 5 Ogos 2021. Hal ini dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan media pada hari ini.

Menurut kenyataan itu, “mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.”

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan tersebut juga menyebut, “berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament).”

Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri turut memberitahu, Nota Jemaah Menteri telah diedarkan secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.