Oleh Syaza Wardina
21 Julai 2021, 22:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Walaupun hanya bermula pada Januari lalu, “#RasuahBusters” kini menjadi gelombang gerakan moral yang didukung oleh jutaan anggota daripada lebih 200 organisasi di seluruh negara.

Gabungan ini bersatu demi melaungkan kempen #RasuahBusters yang merupakan gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dalam ekosistem di negara ini. Hal ini bertujuan untuk membersihkan sistem nilai yang telah korup, yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaun dan agama.

Ketua Pasukan Teras #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pemulihan gejala rasuah perlu dijalankan secara holistik dengan mengambil kira pandangan setiap rakan gabungan yang cukup berkepakaran dalam segmen kumpulan sasar masing-masing.

Tambah beliau, “saya berasa bersemangat dan begitu terdorong dengan sokongan besar-besaran daripada setiap spektrum masyarakat, termasuk kalangan anak muda yang begitu komited untuk menerapkan integriti dalam sistem kepercayaan mereka. Walaupun perjalanan #RasuahBusters baru saja bermula, saya berharap agar sebarang perilaku rasuah tidak boleh lagi disembunyikan oleh sesiapa pun.”

Hussamuddin turut menjelaskan, selain rakan gabungan meneruskan misi masing-masing, “Malaysia Tanpa Rasuah” akan menjadi laungan bersama dalam mencetuskan transformasi moral dan nilai untuk menjadikan rasuah sebagai musuh untuk diperangi bersama.

#RasuahBusters bersama-sama rakan kongsi mengambil langkah proaktif untuk berjaya dalam strategi terasnya dengan mengaktifkan kempen berikut:

Dalam pada itu, #RasuahBusters dan gabungannya menganjurkan pelbagai program demi mencapai objektifnya dan mengajak pihak-pihak yang berminat untuk tampil dan bekerjasama menjadikan hal ini sebagai pencapaian bersama.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen ini, sekretariat #RasuahBusters boleh dihubungi melalui:
WhatsApp +6019-2128523 atau e-mel [email protected]

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.