17 Oktober 2021, 13:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Langkawi – Bermula pada 17 Oktober 2021, murid tahun satu, dua dan tiga di Langkawi akan hadir ke sekolah dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dengan guru. Kehadiran murid di sekolah pula dilaksanakan secara penggiliran.

Pembukaan sekolah ini selaras dengan ketetapan yang diumumkan oleh kerajaan bagi negeri yang sudah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), termasuklah Langkawi yang terlibat dengan program gelembung pelancongan.

Bagi merakamkan suasana hari pertama pembukaan sekolah setelah dibenarkan beroperasi secara bersemuka, sidang editor majalah e-Dewan Masyarakat bersama-sama jurufoto, Hanafi Mohd Yusof membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, Langkawi.

Ibu bapa menghantar anak mereka belajar di sekolah setelah pengoperasian semula sekolah semasa musim pandemik.

Suasana pembukaan sekolah yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Murid berjalan beriringan tetapi tidak bersentuhan selaras dengan SOP penjarakan fizikal pada musim pandemik COVID-19.

Pelitup muka menjadi satu keperluan yang wajib dipakai oleh murid.

Keadaan di bilik darjah untuk pembelajaran dalam suasana kebiasaan baharu.

Cecair pensanitasi dan alat pengukur suhu menjadi kemudahan yang wajib ada di pintu masuk sekolah.

Wajah ceria dan teruja murid melangkah ke sekolah.

Keadaan di sekolah yang kembali ceria dengan gelak dan tingkah laku murid dan guru setelah beberapa bulan tidak beroperasi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.