Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKota Bharu – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kantin dan premis dalam sekolah di seluruh negara selama enam bulan bermula bulan ini hingga Jun 2022.
Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, “Pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan ini termasuklah penyewa kedai buku dan alat tulis, koperasi, kedai dobi, mesin minuman layan diri (vending machine) yang melibatkan premis di sekolah bawah KPM.”
(Sumber foto: Mohd Azam Juhari)
YB Datuk Dr. Radzi Jidin mengatakan bahawa langkah ini bakal memanfaatkan lebih daripada 10 000 pengusaha dan penyewa kantin, di samping meringankan beban kewangan mereka.
Jelas KPM dalam kenyataan media pada hari ini, Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kepada pengusaha kantin sekolah.
Mengulas lebih lanjut selepas membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra, KPM turut menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai cabaran terpaksa di hadapi oleh pengusaha terbabit sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19.