Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM kali ke-11 pada tahun ini akan diadakan secara bersemuka bermula pada 27 hingga 31 Mac 2022.
Istiadat konvokesyen ini melibatkan sebanyak 8799 orang graduan IPG bagi tahun 2020 dan 2021. Istiadat Konvokesyen IPG KPM secara bersemuka akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Perincian lanjut berkaitan dengan konvokesyen tersebut akan dimaklumkan kepada semua graduan yang terlibat dalam tempoh terdekat. Pada masa yang sama, Konvokesyen IPG KPM Secara Dalam Talian Tahun 2021 yang dijadualkan pada 20 hingga 22 Disember 2021 juga akan diteruskan mengikut perancangan memandangkan semua persiapan bagi majlis tersebut telah dilakukan. Konvokesyen tersebut akan disiarkan melalui Youtube Rasmi Institut Pendidikan Guru 2 Malaysia (IPGM) dan Facebook Konvo IPG.
Graduan yang telah mendaftar bagi konvokesyen secara dalam talian juga boleh mengikuti konvokesyen secara bersemuka pada bulan Mac 2022. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik demi memartabatkan tahap pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi.