Diterbitkan pada 22 April 2022, 17:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan pembelian pesanan yang menggunakan nama pegawai HASiL untuk memperdayakan mangsa.

Sindiket penipuan ini dikesan telah menyamar sebagai pegawai HASiL untuk membuat perolehan dan pembelian aset daripada sebuah syarikat perabot. Mereka juga menyiapkan dua keping kad nama palsu pegawai HASiL agar boleh membuat pesanan perabot yang kononnya bagi tujuan kegunaan di pejabat.

Sindiket ini turut menyediakan Dokumen Pesanan Pembelian palsu yang menyenaraikan butiran jenis perabot yang ingin dipesan lengkap dengan tandatangan palsu “pegawai HASiL” sebagai bukti untuk menutupi kegiatan yang tidak bermoral ini.

Dokumen palsu yang digunakan oleh sindiket penipuan.
Kad nama palsu yang digunakan untuk memperdaya mangsa.

HASiL memberi perhatian yang amat serius mengenai isu ini dan meminta orang ramai agar meningkatkan kewaspadaan dengan setiap panggilan, e-mel, surat atau apa-apa jenis dokumen yang meragukan dengan menghubungi HASiL bagi mendapatkan pengesahan sebelum melakukan sebarang transaksi.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkenaan dengan isu ini boleh dikemukakan kepada HASiL melalui talian 03-89111000 (HASiL Care Line)  atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi