Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangCyberjaya – Bagi mengelakkan penalti atau kenaikan lewat bayar cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) memaklumkan pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) dan membayar cukai pendapatan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Menurut HASiL, tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai TT 2021 bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan secara manual adalah pada 30 April, manakala menerusi e-Filing pada 15 Mei 2022.
Pembayar cukai dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat, serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (jika ada).
Setakat 31 Mac 2022, HASiL mengumumkan jumlah keseluruhan penerimaan Borang Nyata Cukai TT 2021 adalah sebanyak 1 163 444.
Bagi memudahkan pemprosesan ini, HASiL telah menyediakan Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2022 dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan berikut:
(a) Versi bahasa Melayu: https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf
(b) Versi bahasa Inggeris: https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf