Oleh Mubarak Ismail
23 April 2022, 15:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa penyeteman perjanjian dokumen individu boleh dikemukakan melalui portal Stamp Assessment and Payment System (STAMPS) secara dalam talian sepenuhnya mulai 27 April 2022.

Individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai Nombor Cukai Pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem. Sijil Setem perlu dimuat turun dan dicetak setelah bayaran berjaya dilakukan untuk dikepilkan kepada perjanjian asal sebagai bukti duti setem telah dibayar.

Individu warganegara dan penduduk tetap yang tidak mempunyai Nombor Cukai Pendapatan serta individu selain warganegara dan bukan penduduk tetap perlu hadir ke mana-mana kaunter duti setem setelah mengisi maklumat penyeteman di portal STAMPS di bawah pilihan Penyeteman Dokumen Peribadi di Kaunter.

Pendaftaran Nombor Cukai Pendapatan individu boleh dibuat melalui e-Daftar di pautan https://edaftar.hasil.gov.my.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada HASiL melalui:

(a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

(b) HASiL Live Chat;

(c) E-mel kepada [email protected]; dan

(d) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!