1 Disember 2022, 09:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada hari ini berkenan berangkat merasmikan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) di Auditorium Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri di Kangar.

Seiring dengan tema “Wanita Sihat, Anggun, Berkarisma”, Raja Muda Perlis bertitah:

Wanita perlu menguruskan emosi dengan bijak, seperti sentiasa berfikiran positif dan bersikap tenang. Wanita juga perlu diberi pendedahan dan kesedaran berkaitan dengan gejala ketidakseimbangan hormon yang memberikan kesan kepada gaya hidup dan penampilan serta pemilihan produk kosmetik kecantikan yang bersesuaian yang memerlukan pengawasan profesional kesihatan.

Tegas Raja Muda Perlis, “Sebagai usaha memartabatkan insan yang bernama wanita, penjagaan dan perlindungan diri seseorang wanita adalah sangat penting. Langkah pencegahan awal perlu dilakukan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu mengambil makanan yang sihat, bersenam dan melakukan saringan kesihatan secara berkala.”

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi anakanda keduanya, Sharifah Farah Adriana Jamalullail ke program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, yang disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Ismuni Bohari.

Tambah Tuanku Raja Muda merangkap Penasihat DiRaja YTF, “Wanita yang sihat mempunyai nilai yang tinggi dan menjadi aset dalam meningkatkan produktiviti negara.

Usaha untuk memperkasakan kesihatan wanita kini menjadi semakin mencabar. Peranan wanita kini dilihat semakin meluas dan pelbagai tanggungjawab perlu  digalas. Hal ini dikatakan demikian mampu menjejaskan amalan gaya hidup seharian wanita dan meningkatkan risiko kepada penyakit kronik.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan pada sebelah petangnya oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.