2 Disember 2022, 16:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis penutupan perasmian Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF): Wanita Sihat, Anggun, Berkarisma yang berlangsung di Auditorium Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) pada hari ini disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Puan Muda merangkap Pengerusi YTF ke program tersebut telah disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Ismuni Bohari.

Menariknya program penganjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama-sama YTF pada kali ini, terdapat pelbagai topik yang dibincangkan. Antaranya termasuklah topik “Wanita dan Kesihatan” yang dikongsi oleh Pakar Perubatan Keluarga, JKN Perlis, Dr. Aina Najmi Azizan; “Sihat Minda” oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kesihatan Mental, Pencegahan Kecederaan dan Keganasan; dan “Penyalahgunaan Substans” oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Nurashikin Ibrahim.

Sementara itu, sesi Bual Bicara dengan topik “Wanita Sihat, Anggun Berkarisma” dibincangkan oleh Pegawai Farmasi JKN Perlis, Ruhaya Muhamad Razali dan Pakar Pergigian Restoratif JKN Perlis, Dr. Ismaliza Ali, manakala Pakar Perubatan Keluarga JKN Perlis, Nur Khaniza Kaman sebagai moderator program.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian majlis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah:

Selain kecantikan dan anggun, wanita berkarisma merupakan satu impian. Wanita berkarisma merupakan wanita yang mempunyai kualiti daya kepimpinan dan daya penarik yang menjadikan mereka boleh mempengaruhi atau menjadi suri teladan kepada masyarakat.”

“Dalam erti kata lain, ciri wanita berkarisma yang dimaksudkan ialah percaya diri, rendah hati, bersikap positif, memiliki aura yang tersirat dan bersikap tenang dan lebih memilih untuk mendengar.

Pada penghujung program, sesi diteruskan lagi dengan tajuk “Remaja Sihat Minda” oleh Dr. Nurashikin dan disusuli sesi Bual Bicara “Peluang Kerjaya dalam Institusi Kesihatan” oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) JKN Perlis, Dr. Ismuni, Pegawai Farmasi JKN Perlis, Dr. Khairol Niza Ahmad, Mohd Shainol Azmar Kassim dan Ketua Penyelia Jururawat Negeri, Lim Ai Choo. Sesi itu dimoderatorkan oleh Pegawai Kaunselor JKN Perlis, Mohd Afiq Ismail.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.