15 Mac 2023, 23:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberikan jaminan bahawa peruntukan perbelanjaan bagi sektor pendidikan dalam Belanjawan 2023 termasuklah penyelenggaraan untuk sekolah tidak akan dikurangkan jumlahnya.

Beliau berkata, keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Belanjawan 2023 adalah untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif. “Peruntukan tersebut tidak akan dikurangkan, tetapi dari semasa ke semasa formula kita ialah menentukan hal ehwal keperluan sekolah,” ujar beliau.

Tambah beliau, “Keutamaan KPM dalam Belanjawan 2023 ialah memberikan keutamaan kepada sekolah daif terlebih dahulu kemudian peruntukan untuk aspek penyelenggaraan tidak akan dikurangkan untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat danselesa demi pendidikan berkualiti buat pelajar” jelas beliau kepada pihak media selepas melancarkan Takwin Kejohanan MSSM 2023 di Putrajaya, pada hari ini,

Sebagai rekod, sektor pendidikan negara terus diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023 dengan peruntukan dana tertinggi,iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding dengan RM52.6 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2022.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.