31 Mei 2023, 18:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur ā€“ Sebanyak 13 penerbit buku di Malaysia menerima pengiktirafan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Buku Malaysia Ke-2 yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor, Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada hari ini.

Sebanyak 14 kategori dipertandingkan dalam anugerah ini yang bertujuan untuk memberikan pengiktirafan terhadap karya terbitan Malaysia dalam pelbagai kategori yang memperlihatkan mutu, karya dan penerbitan yang tinggi, sama ada dalam penerbitan karya bercetak mahupun digital.

YBrs. Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor, Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Penilaian dan pemilihan karya dibuat secara langsung oleh syarikat penerbitan yang berdaftar dengan MABOPA. MABOPA merupakan persatuan yang ditubuhkan pada 14 Januari 1969 dengan lebih kurang 160 penerbit yang berdaftar dan diterima sebagai entiti yang penting dalam industri penerbitan buku di Malaysia.

Tuan Haji Che Mazlan Saad, Timbalan Presiden MABOPA, yang juga merangkap Pengerusi Anugerah Buku Malaysia Ke-2 ketika menyampaikan ucapan.

Tuan Haji Che Mazlan Saad, Timbalan Presiden MABOPA, yang juga merangkap Pengerusi Anugerah Buku Malaysia Ke-2 berkata:

Sebenarnya, ramai yang belum sedar bahawa Anugerah Buku Malaysia ini merupakan anugerah buku yang terbesar di Malaysia, MABOPA sentiasa berfikir bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk melonjakkan minat orang awam terhadap buku. Oleh itu, Anugerah Buku Malaysia ini merupakan satu daripada usaha industri penerbitan buku untuk melonjakkan nama penerbit buku yang terbaik di Malaysia dan menjadi satu wadah komunikasi pemasaran untuk menarik minat orang awam membeli buku tersebut.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Puan Siti Amiza Abdul Aziz, Penolong Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Puan Carol Wong, Ketua Sunway University Press, Puan Ainunl Muaiyanah, Exco MABOPA, dan Encik Izzat Izhar Muhammad Nasir, Exco MABOPA.

Antara penerbit buku dan ahli MABOPA yang turut hadir.

Senarai pemenang Anugerah Buku Malaysia Ke-2 adalah seperti yang berikut:

  1. Anugerah Buku Popular

Judul: 150 Ungkapan Mudah Bahasa Mandarin

Terbitan: Sifu Manadarin Consulting PLT

 

  1. Anugerah Buku Bahasa Tamil

Judul: World Tamil Encyclopedia

Terbitan: UMA Publications

 

  1. Kategori 12: Anugerah Buku Bahasa Cina

Judul: Wow, Iā€™m In Europe

Terbitan: Big Tree Publications Sdn. Bhd.

 

  1. Anugerah Buku Terjemahan ke Bahasa Melayu

Judul: Putera Kecil (The Little Prince)

Terbitan: The Biblio Press Enterprise

 

  1. Anugerah Visual Buku Terbaik

Judul: WOW Komik PT3 Geografi Tingkatan 2 KSSM

Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd.

 

  1. Anugerah Kulit Buku Terbaik

Judul: Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5 SJKC

Penerbit: The Malaya Press Sdn. Bhd.

 

  1. Anugerah Buku Pendidikan Pengajian Tinggi

Judul: Rawatan Alternatif untuk Kanak-kanak Autistik

Terbitan: Penerbit Universiti Sains Malaysia

 

  1. Anugerah Buku Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah

Judul: Buku Teks KSSM Sains Tingkatan 3

Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd.

 

  1. Anugerah Buku Kanak-Kanak dan Remaja (Bahasa Inggeris)

Judul: Muslim Astronaut in Space

Terbitan: Tertib Publishing

 

  1. Anugerah Buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen (Bahasa Inggeris)

Judul: Pantun: The Poetry of Passion

Terbitan: Penerbit Universiti Malaya

 

  1. Anugerah Buku Remaja Usia 8-18 Tahun (Bahasa Melayu)

Judul: Wira Kera #1: Legenda Seorang Raja

Terbitan: PTS Media Group Sdn. Bhd.

 

  1. Anugerah Buku Kanak-Kanak Usia Awal 2-8 Tahun (Bahasa Melayu)

Judul: Dimana? Dimana?

Terbitan: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

 

  1. Anugerah Buku Bukan Fiksyen (Bahasa Melayu)

Judul: Kekok

Terbitan: IMAN Publication Sdn. Bhd.

 

  1. Anugerah Buku Sastera (Bahasa Melayu)

Judul: Teruntuk Langit Yang Bercanda

Terbitan: Nukilan Biruni Trading

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.