Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Khairul Azhar Baharuddin

George Town – Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 Pulau Pinang menyaksikan tampuk pemerintahan Pulau Pinang masih kekal menjadi milik Kerajaan Perpaduan.

Pembentukan kerajaan negeri bagi penggal baharu pada kali ini menyaksikan gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya memperoleh sebanyak 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dipertandingkan, sekali gus Kerajaan Perpaduan membuktikan bahawa gabungan tersebut berjaya meraih kemenangan yang melayakkan pembentukan kerajaan negeri.

Chow Kon Yeow yang juga merupakan calon N.26 Padang Kota turut berjaya memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti 7116 undi.

Berdasarkan kemenangan tersebut, sebanyak 19 kerusi DUN masih kekal menjadi milik Parti Tindakan Demokratik (DAP), manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya memperoleh sebanyak tujuh kerusi daripada 13 kerusi yang dipertandingkan.

Dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang juga menyaksikan kemenangan sebanyak dua daripada enam kerusi menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, PH melalui PKR telah berjaya memperoleh kemenangan sebanyak 37 kerusi, manakala BN memperoleh dua kerusi pada PRN-14 Pulau Pinang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.