Diterbitkan pada 1 September 2023, 20:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Malaysian Press Institute (MPI) pada hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mustapa Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 September 2023.

Menurut kenyataan media MPI, pelantikan beliau dilakukan bagi menggantikan tempat Datuk Dr. Chamil Wariya yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 30 Jun 2023.

Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 33 tahun dalam bidang kewartawanan memulakan kerjaya awal di Berita Harian dan bersara pada tahun 2017, dengan jawatan terakhir sebagai Pengarang Kumpulan Harian Metro.

Pengurusan MPI amat yakin dengan pengalaman, kepakaran dan kreadibiliti beliau dalam memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecermelangan MPI.

Pada masa yang sama, MPI mewakili Ahli Lembaga Amanah dan Ahli Majlis Pentadbiran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Dr. Chamil atas sumbang bakti sepanjang 16 tahun menerajui MPI sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi