Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian terhadap isu tular mengenai kebenaran pemakaian pakaian tradisi mengikut kaum dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang melibatkan murid-murid di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-sekolah, murid-murid dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi yang bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian. Merujuk pada isu tular yang dilaporkan oleh beberapa buah portal berita, pihak sekolah terbabit telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama-sama wakil ibu bapa dan murid-murid.
Penambahbaikan terhadap penganjuran aktiviti yang dirancang telah dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik. Murid-murid sekolah terbabit dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing dan pakaian tradisi kaum lain. Kebenaran juga diberi kepada murid-murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi.
KPM sentiasa menggalakkan plibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia