12 Disember 2023, 16:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – UiTM Cawangan Perlis terus komited dalam menyokong agenda pengantarabangsaan berimpak tinggi dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Teknologi Nasional Malang (ITN), Indonesia dan Indonesian Computer, Electronics and Instrumentation Support Society Riau (IndoCEISS), Indonesia, yang dijalankan secara maya pada hari ini.

Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi semasa majlis menandatangani MoU dengan ITN.

Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Perlis berkata,

Penandatanganan MoU hari ini merupakan inisiatif UiTM dalam memperkasakan kerjasama berkaitan dengan akademik, sosial, inovasi dan penyelidikan transnasional antara dua negara, selain menyumbangkan teknologi baharu kepada pembangunan industri dan negara.

“Saya percaya, untuk menyumbang secara signifikan kepada masyarakat dan industri, kita perlu bersinergi dan menggalakkan pertukaran pengetahuan, kemahiran dan budaya. Namun begitu, usaha ini tidak akan tercapai jika tanpa sokongan daripada rakan strategik seperti Institut Teknologi Nasional Malang dan IndoCEISS Riau,” ujar beliau.

Melalui MoU ini juga, UiTM berharap agar usaha tersebut dapat memupuk hubungan yang lebih kukuh dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek seperti projek penyelidikan, program mobiliti pelajar dan pensyarah, persidangan, bengkel dan penempatan pelajar praktikal pada masa hadapan bersama-sama ITN Malang dan IndoCEISS Riau.

Tambah beliau,

Saya percaya dengan kekuatan dan keupayaan ITN Malang dan IndoCEISS Riau ini akan menjurus kepada skop kerjasama yang lebih menyeluruh antara UiTM dengan rakan kongsi baharu dan membawa institusi masing-masing ke arah kecemerlangan.

Majlis penandatanganan MoU ini turut dihadiri oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Professor Ts. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak; Timbalan Rektor Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan (PJIM&A), Sr. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar; Timbalan Pendaftar, Encik Mohd Khairul Ab Razak; Pensyarah Kanan Kolej Alam Bina, Profesor Madya Dr. Mohd Azwan Abbas; dan pegawai dari bahagian PJIM&A, serta Unit Komunikasi Korporat.

Pengurusan tertinggi ITN Malang dan IndoCEISS Riau turut hadir dalam majlis MoU tersebut secara maya.

Pada masa yang sama, turut hadir secara maya ialah Rektor Institut Teknologi Malang, Profesor Dr. Eng. Ir. Abraham Lomi; Rektor IndoCEISS Riau, Profesor Madya Dr. Elfizar; dan wakil dari ITN Malang dan IndoCEISS Riau.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.