Oleh Jamiaton Kusrin
27 Februari 2024, 16:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Penyerahan Buku Silat: Warisan Bangsa Malaysia kepada Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, hari ini.

Shah Alam – “Penubuhan DREAMS penting untuk membudayakan kembali kajian saintifik berkaitan dengan Melayu bumiputera yang semakin hilang.”

Jelas Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin dalam pertemuan ringkas majlis pembentangan dan penyerahan kertas cadangan penubuhan Pusat Kecemerlangan Seni Silat Dunia, Institut Seni Silat Malaysia dan Seni Mempertahankan Diri (DREAMS).

Pertemuan tersebut diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie bersama-sama Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin di Pejabat Canseleri UiTM Shah Alam pagi tadi.

Menurut UiTM, Penubuhan DREAMS berperanan untuk mempromosikan UiTM (Malaysia) sebagai peneraju perkhidmatan pusat kajian seni mempertahankan diri dan persilatan Melayu menerusi penglibatan dan kerjasama dengan pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa.

Sementara itu, Ketua RIG AIRBORNE, Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie turut memberikan respons positif.

Beliau berkata,

“Insya-Allah, AIRBORNE berhasrat mengetengahkan lebih banyak kajian saintifik berkenaan seni mempertahankan diri Melayu dalam masa terdekat.”

Turut hadir bersama-sama dalam pertemuan tersebut ialah kumpulan penyelidik RIG Martial Arts & Combat Sports Research Network (AIRBORNE) dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam dan diiringi mantan Dekan FSR, Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor; Timbalan Dekan HEP, Prof. Madya Dr. Rahizam Abdul Rahim; Pensyarah Kanan, Puan Jamiaton Kusrin dan Penolong Naib Canselor UiTM Global, Prof. Dr. Shahriman Zainal Abidin (Ahli Bersekutu).

Majlis diakhiri dengan penyampaian Buku Silat: Warisan Bangsa Malaysia kepada Naib Canselor UiTM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.