3 Mac 2024, 11:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Nerus – Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, Kelab Wanita Universiti Malaysia Terengganu (MUTIARA) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi mengadakan forum yang bertajuk, “Indahnya Sebuah Pengorbanan” pada 28 Februari 2024 secara dalam talian pada 28 Februari lalu.

Antar peserta yang menyertai secara dalam talian Forum Indahnya Sebuah Pengorbanan.

Menurut mantan Pengerusi MUTIARA Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Ts. Dr. Nora`Aini Haji Ali, wanita berperanan penting dalam menyumbang kemajuan ekonomi negara.

Mereka juga merupakan tonggak pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

“Pelibatan wanita dalam pekerjaan formal tidak membebaskan mereka daripada tanggungjawab terhadap keluarga.

“Wanita perlu bijak mengimbangi peranan dengan teratur dan berkualiti.

Profesor Ts. Dr. Nora memaklumkan bahawa forum tersebut mengupas tentang peranan wanita yang bekerja dan langkah terbaik dalam mengimbangi peranan mereka dalam pelbagai bidang, termasuklah pendidikan, pengurusan dan lain-lain.

Panel jemputan yang dijemput hadir ialah Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Profesor Dr. Wan Iryani Wan Ismail; Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Profesor Madya Chm. Dr. Maisara Abdul Kadir dan Pengerusi MUTIARA UMT, Wan Sarimah Wan Razak.

Manakala, pemudah cara bagi forum itu pula ialah Penolong Pendaftar Pusat Kesihatan Universiti UMT, Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman.

Panel jemputan bergambar kenangan bersama-sama urusetia dan petugas Pejabat Komunikasi Korporat UMT.

Forum anjuran Biro Intelektual Awam, Kelab MUTIARA itu mengetengahkan perkongsian pengalaman, pandangan dan kepakaran mereka mengenai peranan wanita bekerjaya.

Tambah beliau,

Selain kerjaya, wanita turut memainkan peranan dalam kerja kesukarelawan atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan aktiviti sukan.

Melihat contoh kepada Wan Sarimah, Pengerusi MUTIARA, beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas Kuala Nerus. Selain itu, beliau turut aktif dalam sukan bola jaring dan pernah menjadi Pengurus Sukan Malaysia (SUKMA) bagi pasukan bola jaring Terengganu.

Forum tersebut mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran seramai 240 peserta dalam talian yang terdiri daripada kalangan warga UMT dan agensi luar serta NGO.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.